Tuesday, May 31, 2011

E l e n a | S e t h T a n





Korang mesti tengok cerita dalam slot akasia kan?? Nora Elena..citer ni memang best sangat- sangat..yelah, citer ni pon di adaptasi oleh sebuah novel yang bertajuk kasih suci..tu sebab la nama facebook si Nora Elena tu kasih suci..

Dari segi penghayatan dalam citer ni..walaupun kita orang semua tak habis tengok lagi sampai ke ending nye..aku yakin citer ni memang the best punya..romantik gitu..aduh sentap weyh~hahaha

Yang paling seronok sekali dalam citer ni ( buat masa ni la)..bila Elena clash ngan si Eid tu..hanya di sebabkan cemburu buta dia tu la..nah..amik ko..PADAN MUKA!! melepas la awek ko yang cun..hehe..yela..ada ke patut dia kata sekali dah ludah dia takkan jilat balik..pastu melopong bila dah taw keadaan yang sebenar..so wahai kaum lelaki..korang jangan la cemburu buta ye..percayailah awek korang sepenuhnya..jangan hanya di sebabkan benda- benda cam gini..senang2 aje mintak putus..tambah2 kalau yang dah bertunang..tarikh nak kawen pon dah dekat..jangan nak jatuhkan maruah orang perempuan..tambah2 orang yang pernah korang sayang..hmm..

Tapi..soal jodoh ni Allah S.W.T dah tentukan..Allah dah ciptakan manusia ni dengan setiap pasangan mereka,..kan..kan?? Macam Nora Elena dengan Seth Tan nie la..kaya,dapat pulak orang yang betol2 menyayangi si Nora ni..romantik..wah jelesnye~..kan sonok kalau aku pon dapat bakal suami yang jenis macam ni..hehehe..

Betol la..my mum pernah cakap..kalau orang tu betol-betol sayang kan kita..dia akan tunjukkan yang dia betul- betul sayang kan kita..dan my mum pesan lagi..terimalah orang yang betul- betul menyintai kita..TERIMA KASIH mak..love u..hehe..Then ayat ni la aku bagi kat my ex boyfriend yang tak reti- reti nak menghargai aku..tapi ok la..atleast aku taw..dia tu BUKAN LELAKI yang TERBAIK buat aku..sebab salah satunye..dia ni pengecut nak bersemuka dengan aku masa kami clash dulu..Alhamdulillah sekarang aku happy dengan hidup aku ..

Back to our story pasal Nora Elena ni..kalau la cerita ni memang real..Nora..ko memang bertuah,yelah..endingnye mesti or kompom bahagia nya...hehehe..buat si Eyvone..dah le..jangan nak kacau Nora ngan Seth..pegi jauh-jauh macam si Eid tu..hahaha..

Papepon..cerita ni sangat-sangat sweet..huhu(^,^)

*aku nak cari la novel ni..nak baca balik..hahaha

k i t a

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.