Monday, July 23, 2012

berikan aku peluang Ya Allah

Tetiba, aku teringat saat  kawan aku yang telah kehilangan ayahandanya yang tercinta disaat dia tengah final exam..aku hanya mampu memberi kata semangat, bersimpati tapi aku tak taw apa yang dia rasa..kesedihan yang dia tanggung kerana kehilangan ayahandanya secara mengejut..betol lah, ajal maut mmg itu semua rahsia Allah, kita sebagai manusia harus bersedia dan menerimanya segalanya dengan redha..merelakan mereka yang tersayang pergi menghadap illahi..

Dan dari situ lah, aku terus terdiam, menginggati  segala perilaku aku terhadap kedua ibu bapa ku..[mak dengan abah]..dan aku mula sedar mereka sedang meniti hari, tahun demi tahun ke usia yang meninggkat senja..walaupun aku sendiri tak tawu bila aku bakal kehilanggan mereka..aku hanya mampu berdoa kepada Allah S.W.T memberi aku peluang untuk membalas jasa mak dengan abah aku..berikan mereka rasa gembira dan bahagia disamping anak-anak mereka yang sedang meniti usia..sumpah, aku tak bersedia untuk kehilangan mereka..cuma aku berharap Allah memberi aku peluang untuk membalas jasa mereka supaya aku tidak berasa menyesal diatas segala pengorbanan mereka dalam membesarkan aku dengan adik2 aku..insyaAllah..

Mak..Abah..love you so much!!