Thursday, October 28, 2010

Surat cinta untuk bakal suami ku

Assalamualaikum,
Saya tak tahu nak  memanggil awak ini dengan panggilan apa..mungkin abang, sayang atau hubby bila kita diijabkabulkan..buat seketika ini,mungkin saya belum berkahwin dengan awak dan mungkin sekarang saya tidak tahu siapa awak,nama awak,dimana awak sekarang ini..
Cuma  apa yang saya harapkan,bila satu saat nanti ditemukan..secara sengaja atau tidak saya harap saya  akan mencintai awak dengan sepenuh hati saya..dan saya berharap awak juga begitu..mungkin sekarang ini awak sedang leka dengan gadis- gadis yang berdahi licin,berpakaian seksi serta bersuara manja, saya tidak kisah kerana awak  pun sedang mencari pasangan yang sesuai sebelum bertemu jodoh dengan saya nanti..apa yang saya harapkan awak akan berubah apabila awak jatuh cinta dengan saya satu hari nanti.
Sayang,
Sebelum kita bakal mengenali dengan lebih rapat lagi,mungkin saya akan berterus terang siapa diri saya supaya awak tidak terasa tertipu atau sebaliknya..kerana bagi saya kejujuran amat penting dalam membina sesuatu perhubungan..sebelum kita jatuh cinta,saya harap kita bina hubungan melalui proses persahabatan dulu..tidak salahkan wahai bakal suami ku..
Terus terang saya katakana awak bukan lah orang yang pertama yang berjaya mengetuk pintu hati saya,tapi percaya lah..saya akan cuba yang terbaik untuk hubungan kita..saya akan lupakan segala memori- memori cinta saya yang dulu,saya tidak akan mengungkit kisah cinta saya yang dulu agar  awak tidak berasa cemburu..begitu juga dengan awak, saya yakin saya bukan lah orang yang pertama yang awak cintai..tapi saya tahu awak akan mencintai saya sepenuh hati kelak..
Sayang ku,
Bila kita diijabkabulkan nanti, saya berharap selamanya saya akan menjadi milik awak..bimbinglah saya kejalan yang diredhai Allah, pimpinlah saya supaya menjadi isteri yang solehah serta menjaga kebajikan suami serta anak- anak kita kelak..saya berharap awak menjadi suami yang bertanggungjawab serta menyayangi saya serta anak- anak kita serta menghormati kedua ibubapa kita nanti..
Buatmu bakal suami ku, saya berharap awak akan mengerti maksudku..semoga cinta yang kita bina akan berkekalan serta diredhai oleh Allah S.W.T..dimana awak sekarang saya tidak pasti..tapi yang pasti suatu masa nanti kita akan bertemu juga..sekian,salam akhir melalui  warkah ini dari bakal isteri mu..
Wassalam..

0 c o r e t a n:

Post a Comment