Saturday, July 13, 2013

sempurna?

Salam Ramadhan, 

after guwa sahur tadi, guwa adalah terbaca post kat fb salah satu friend list guwa dalam fb..so, guwa rasa tertarik dengan kata-kata tersebut, bunyinya lebih kurang camgini :

"Kamu telah bertemu dengan insan yang pasti membawa kebaikan pada diri, yang menyayangi kamu, mengasihi kamu, mengapa masih lagi membandingkan dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan? Kamu akan kehilangannya apabila dia sudah menjadi milik orang lain. Waktu itu jangan di ungkapkan kata kesal."

Ada betulnya, kerana kita terlalu mengejar kesempurnaan, kecantikan yang tak selamanya akan kekal. Kita terlalu mencari sesuatu yang kita inginkan, padahal sesuatu itu sebenarnya dah ada depan mata kamu..guwa taw, suma manusia kat dunia ni tak ada yang sempurna, kita yang hidup ni kena saling melengkapi, bukan cam gitu ke?

bagi guwa, contohnya lelaki la..[guwa tak anti lelaki taw!], mereka-mereka ni terlalu mengejar kan kesempurnaan seorang awek yang cantek, seksi sampai mengetepikan benda2 yang lain..kalu boley mereka-mereka ni nak kan awek yang body mantap, rambut blonde, kaler warna warni, make up tebal sebab cantek..tapi pengisian agamanya, akhlaknya..ke laut..wallahualam..guwa pon bukannya baik, guwa notty2 jugak dulu, dan skunk guwa pon slowly nak berubah..tapi lelaki kat sana tu, guwa tawu tak semua lu macam tu kan? gila nak bawak balik menantu seksi nak mampus, mau kena hambat dengan penyapu kan?kekeke

Dan bagi yang perempuan pulak, lu jangan la nak yang hensem ja, kereta besar, rumah banglo bertingkat-tingkat..tapi lu sendiri kompius mereka-mereka ni kerja apa..ntah-ntah mereka ni ada wat benda-benda yang pelik ka, kaki perempuan ka, curang belakang korang kan?janji manis..lembut gigi dari lidah kan? common girls..cari la lelaki yang budi akhlak dan agamanya okey. biar miskin harta, tapi jgn miskin agama..tak terbela kita sat g kang..silap haribulan, kita menikah dengan depa kita langsung tak boley jenguk mak abah family kita kan..tak ke nanya namanya..yelah, syurga tu kan bawah telapak kaki suami wahai sang isteri..gi pon suma ni untuk bekalan kita di akhirat nanti..guwa cakap pon bukannya guwa ni perfect sangat..guwa pon nak berubah jugak babe..

manusia masing-masing ada silapnya, kalu tak buat silap, kita tak kan tawu kan erti hidup ni..terkadang kita tersilap langkah, terjerumus ke arah benda-benda yang tak elok, if niat hati korang nak berubah..Allah dah bagi peluang dan ruang untuk korang-korang berubah, berubah la. Tu tandanya Allah sygkan korang..guwa pon lately ni, hati mudah sgt tersentuh..guwa dengar azan pon hati guwa boley rasa sayu, mengingatkan guwa pada kematian pon ada jugak..Alhamdulillah :) 

So, ni nasihat dari Imam As- Syafei tentang mereka yang berharap pasangan yang sempurna:

" Jika kita membayangkan pasangan yang sempurna tetapi kita menikahi dengan pasangan yang tidak sempurna dan kita berharap kesempurnaan, maka pilihannya hanya ada dua. Pertama, hapuskan saja bayangan kesempurnaan itu dan terimalah pasangan kita sebagaimana adanya atau campakkanlah pasangan anda dan terimalah bayangan kesempurnaan itu sebagai pasangan hidup anda."

Kelemahan pasangan itu satu anugerah taw. Anugerah untuk sama-sama melipat gandakan amalan, sama-sama perbaiki diri. bukan untuk menuduh-nuduh kesempurnaan pasangan dengan alasan kita jaa yang nampak betul..Allah dah jadikan manusia ni berpasang-pasangan kan..haa, tambah2 pulak yang dah berkahwin..kan? perkahwian itu kan satu ibadah

Jangan dipikul kalu tak larat, jangan diterima kalu tak mampu. Allah akan persoalkan satu persatu.

# tetiba topik kawen pulak guwa bangkitkan, apa kes? hehehe :)






0 c o r e t a n:

Post a Comment