Wednesday, June 19, 2013
dosa semalam
andai kata dia mempunyai masa silam yang lampau,
jangan di ungkit kisahnya..
kerana ia bisa membuatkan dia terluka..
andai kata dia mempunyai masa silam yang gelap,
dek kerana dosa yang dia sendiri tidak pernah terlintas untuk melakukannya,
maafkanlah dia kerana terlalu sukar untuknya melewati saat itu..
mungkin kita sendiri tidak mengerti kenapa, mengapa, bagaimana..
semua ini boleh terjadi,
mungkin ada hikmah di sebalik semua ini..
ketahuilah,
begitu payah bagi dia untuk melupakan kisah silamnya,
untuk dia menjadi manusia yang paling bahagia..
jadi,
janganlah ungkit kisah yang lama,
yang penuh dosa dan noda,
yang perlu hanyalah sebuah kemaafan, keinsafan yang mendalam..
yang penting,
siapalah dia sekarang dan dimasa hadapan.
jangan kita menghukum mereka..
supaya hati mereka tidak binasa oleh kesilapan yang lampau
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 c o r e t a n:
Post a Comment