pagi tadi, macam biasa la..siap-siapkan diri untuk ke ofis..pepagi lagi jem gila kat jalan mines..sumpah, sakit hati..tapi kena la sabar, tak boley gopoh2..kang kemeng pulak encik kancil..
so, dengan kondisi kereta encik kancil yang takde air-cond tue..maybe gas abis dah kot..tak sure pulak aku kan..hehe..dengan lesen yang tak renew lagi..oppss..harap2 takde roadblock oleh encik abag polis kan..hehe..aku pos pasang la radio dengan volume yang kuat..maklumlah..kiri kanan bunyi jiran-jiran encik kereta kancil memekak tekan hon depa..
nak dijadikan citer, kisah pagi tadi yang di potpetkan oleh akak farah fauzana ngan pak cik AG tue, berkisarkan 'kalaulah boley undurkan masa dulu' emm sound like that la kalu tak silap aku..
so, kalau nak aku tepon hot fm tu memang takde kije la kan, nak sharing to them about what we want to do kan..hahaha..
then, bila difikirkan balik..kalau la boleh aku undur balik masa dulu banyak perkara yang aku nak ubah taw..
*kalau boleh, aku nak study rajin2, cemerlang dalam SPM..ley study oversea..
*kalau boleh, aku ikot cakap mak abah study je kat kelate..tak payah la nak dok jejauh dengan mereka..
*kalau boleh, aku tak nak ingat kenangan2 yang pahit yang terlalu mengecewakan aku..
#haish..ikutkan banyak jugak kalau boley..tp satu je..memandangkan hati ni tengah koyak rabak habes, satu je mampu aku luahkan..
kalau boley, aku takkan benarkan hati ini untuk berkenalan dengan dia, supaya aku tak lah terlalu sakit untuk melupakan dia, kenangan aku dengan dia, kalau boleh aku tak nak hulurkan salam persahabatan aku dengan dia, sebabnya aku telah membuatkan banyak pihak terluka dalam diam..sumpah, kalau boleh aku tak nak laluinya, tapi aku dah pon memilih jalan tersebut..kalau boleh aku tidak memberi peluang kepada dia, dengan mempercayai janji-janjinya..akhirnya dia meninggalkan aku dengan penuh tanda tanya dan kalau boleh aku juga takkan bertemu dengan dia walaupun hati aku memang selalu memaksa untuk aku bertemu dengannya..terkadang terasa diri ini di anianya dan juga menganianya..aku terluka dalam masa yang sama aku juga melukakan orang lain..
kalau boleh, aku nak undur kan masa ini..agar aku tidak melalui jalan ini..lebih baik aku tidak bertemu dengan engkau dan engkau..sumpah..terlalu payah untuk aku hadap..yang aku tahu, ada hikmah di sebalik semua ini..Allah tahu rahsia ini, moga ia menjadi memori yang tidak perlu di ungkit.
aku, engkau dan dia..cukuplah! kalau masa boleh diputarkan balik..apa yang aku mahu cuma AKU
0 c o r e t a n:
Post a Comment